Monday 10 July 2017

A little bit about Aurora Delisha

Assalamualaikum







Minggu ni minggu yang sukar buat ateeq dan zack. Emosi kami tak berapa nak stable. Ateeq terlalu rindukan Aurora. I cried everynight to sleep and bila tersedar, sambung lagi.. haha.. Actually it was me who started and eventually zack akan terjebak sekali sedih teringat selepas dia tenangkan ateeq. hmm.. sorry b.


It is hard for both of us. Orang cakap makin hari makin okay but for us, makin hari, rasa rindu tu makin mendalam. Cemburunya ateeq bila melihat anak kawan-kawan senyum, gelak sebab ateeq tak sempat nak tengok aurora senyum. Sedihnya ateeq bila tertengok snugbaby kat instagram sebab atteq dah bayang zack akan bawak aurora guna snugbaby sebelum dia keluar lagi but tak sempat.


Everyday kami cium bedung yang last Aurora pakai. Masih ada bau dia. Betapa kami rindukan baby kami. Yes we are struggling but we know we need to be strong for her. hmmm


Then ateeq teringat medina cerita kat ateeq mengenai keuntungan parents yang kehilangan anak yang masih belum baligh. She said she shared it kat message facebook ateeq. baca article tu buat ateeq tenang sangat. Ateeq bacakan untuk zack and he's smiling. Ni apa yang article tu tulis







“Lamanya di Barzakh itu ialah semenjak roh berpisah dari tubuh, semenjak meninggal dunia, sampai hari berbangkit”.“Bagi orang-orang yang beriman di Barzakh hanya terasa sebentar saja”.“Semasa di padang Masyhar, diriwayatkan bahawa anak-anak kaum muslimin yang meninggal dunia sebelum mencapai usia baligh, akan dizinkan memberi minum kepada ibu-bapa mereka. Anak-anak ini akan menyusup di antara orang ramai dengan membawa minuman untuk ibu-bapa mereka, sementara manusia ketika itu dalam keadaan dahaga yang luar biasa”.“Anak-anak yang mati sebelum baligh menyambut ayah-bondanya di pintu syurga”.


“Anak-anak Muslim yang meninggal di waktu kecil, ertinya sebelum baligh di Barzakh dikumpulkan pada suatu tempat dan diasuh oleh Nabi Ibrahim. Setelah kiamat nanti mereka itu langsung dipindahkan ke syurga akhirat. Jadi mereka ini tidak mengalami panas matahari, tidak melalui hisab, iaitu pengadilan di Mahkamah Rabbul-Jali. Tidak melalui mizan, dan tidak meniti Titian Shirathal-Mustakim yang terbentang di punggung api Neraka Jahannam itu. Mereka ini setelah dibangkitkan langsung dipindahkan ke dalam syurga Jannatun Naim”.


“Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kepada ayah dan bondanya, lupa kepada kampong halamannya, lupa semuanya. Pada suatu hari nanti, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, tiba-tiba ada malaikat memberitahukan: Hai Wildan (anak-anak yang mati sebelum baligh), lupakah engkau kepada ayah-bondamu?


 Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah-bonda mereka yang selama ini mereka lupakan”.“Lalu mereka ambil air untuk diminum, makanan dan pakaian, lantas mereka itu berlari-lari sambil menangis menuju pintu syurga”.


“Setelah terompet berbunyi, pintu syurga terbuka, maka sekalian orang berhamburan masuk ke dalam syurga itu, dan ketika itulah anak-anak ini sibuk mencari ayah-bondanya. Mereka berjalan ke sana-sini mencari tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis membawa minuman, pergilah mereka kepada malaikat menanyakan: Oh, Malaikat, mana ayah dan bondaku? Kata mereka sambil menangis”.”Malaikat menjawab: Oh wildan, malang kamu, ayah dan bondamu terjatuh ke dalam neraka. 


Mendengar hal yang demikian maka anak-anak ini menangis dengan ratapan yang menyayat hati. Oh ibuku, Oh ayahku. Apakah kesalahanmu, ayah. Apa dosamu, ibu, maka sampai terjatuh ke dalam neraka. Mereka menangis dan meratap”.“Kata malaikat: Hai Wildan, jangan menangis, mengadulah kepada Nabi Muhammad SAW”.


“Setelah anak-anak ini mengadu kepada Nabi Muhammad, lantas Nabi mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkan orang-orang mukmin yang berada di dalam neraka itu”.“Setelah bertemu dengan anak dipintu syurga anak yang meninggal di waktu masih kecil, yang menjadi kerinduan siang malam selama ini, aduh gembiranya tidak terhingga. Berfirman Allah SWT dalam Al-Quran:”Pada hari itu mereka berjumpa dalam keadaan gembira.(Ad-Dahr: 11)









Alhamdulillah anak mommy tengah bahagia. Sayang tau maksud nama sayang and kenapa mommy daddy letakkan nama sayang Aurora Delisha? Aurora means fajar. Waktu fajar, subuh adalah waktu rezeki paling murah. Waktu fajar jugak adalah waktu yang paling tenang. So nama tu bagi maksud anak mommy ni tenang orangnya, murah rezekinya. Selain tu, mommy berkenan nama Aurora masa tengok cerita Maleficient. Aurora sentiasa positive, disayangi semua orang termasuk Maleficient. Dari benci, aurora buat dia sayang.. So mommy harap kehidupan princess mommy pon macam tu.

Delisha means sentiasa bahagia dan membawa kebahagiaan kepada orang lain. Apa yang mommpy minta kat tuhan untuk anak mommy is anak mommy sentiasa bahagia. Walau apa pon ujian yang akan datang pada Aurora, Aurora tetap bahagia. Hehe tulah harapan mommy dan daddy untuk princess kami.

Sayang mommy memang membawa rezeki untuk kami. Dari mengandungkan aurora lagi rezeki datang dari pelbagai cara. Lepas sayang mommy melihat dunia, lagilah.. Cuma anak mommy tak sempat nak merasa semua tu.. And yes. kehadiran anak mommy membawa kebahagiaan semua.. Anak mommy bahagia kat sana. And anak mommy juga akan bawa kebahagiaan pada semua di akhirat nanti. InshaAllah.. Tuhan betul sayang dan jaga anak mommy. Alhamdulillah


Sayang, nanti kat akhirat sana kita jumpa k? Mommy rindu nak gomol pipi sayang mommy, rindu nak dengar sayang mommy marahkan mommy, merajuk dengan mommy. Sayang jangan lupakan keluarga sayang k? Nenda, Tokma, Tokpa, Tokbah, NekUmi, Daddyniq, Kellong, Mommyna, Abah, Tymay, MamaIlla, Tyna, Kelrais, Kelmad, Paksu, Kelziq, Kelkim, and all your cousins too. Semua rindukan sayang, nak main dengan sayang. Semua rindu nok gomol sayang, kacau sayang. Kita semua main sama-sama kat sana k.


Alfatihah untuk puteri mommy dan daddy Aurora Delisha Binti Ahmad Zakwan







No comments:

Post a Comment