Assalamualaikum :)
hello guys.. sorry sangat lama tak update blog ni.. hee.. bajet cam ramai je yang baca.. hahaha.. okay kalini ateeq nak citer bout my sayang akma or nama glamour nya A.K..
dalam entry ateeq sebelum ni ateeq ada juga cerita serba sedikit bout her.. A.K is one of my true friends.. orangnya sangatlah garang but in the same time sangat manja.. sangat berterus-terang, baik hati and memahami..gila-gila, sukakan sukan lasak walaupun badan lembik.. ngehngehngehngeh.. taste dia high-class pliss.. tuk certain barang lah.. sangat takutkan kucing like if kucing datang dekat dia akn menjerit and of course kaki angkat naik atas kerusi.. a great listener and advisor.. pembersih.. suka masak and kemas dapur.. realistic and bukan mudah percaya cakap orang.. tu je yang boleh bagitau.. lebih-lebih kne knal dia in person.. hee
okay.. ateeq knal akma masa ateeq part 3.. masa tu ateeq baru masuk uitm after cuti khas.. kami sekelas subjek Bel..lupa dah Bel apa.. hahahaha.. masa tu kami kawan sekadar dalam kelas.. borak just lam kelas.. kalau jumpa kat luar pon just senyum-senyum tegur gitu je.. tak lepak sesama semua.. hee.. sejujurnya kami tak sangka kami akan serapat ni.. hee..
kami mula rapat masa semester 6.. masa tu akma stay rumah sewa and ateeq kat hostel.. ada something happen to her and Allah gerakkan hati ateeq to be with her.. alhamdulillah.. then tuk sebulan ateeq stay kat rumah sewa dia.. masa tu nak mula study week and nak masuk final.. then, ada something happen to me jugak and she is there for me.. dalam sebulan kami hidup bersama tu, kami kenali hati budi masing-masing.. kami jadi sangat rapat.. masak sama-sama, tidur sama-sama,every night ada pillow talk, share our secret, share our problems, hanging out sesama, jejak hantu, mandi pantai, daki bukit, macam-macam lahyang kami buat sepanjang sebulan tu..
akma sangat penyayang dan prihatin orangnya.. dia sangat care bout my health as i care bout her health condition.. heee.. dia ada sifat sabar yang sangat tinggi cam z,sebab boleh tahan orang annoying cam ateeq ni.. hahaha.. korang tau kan ateeq kalau bab caring melampau tu, haish.. susah orang leh tahan.. so dia kire terer gak lah kan.. hahahaha.. tapi satu, ateeq selalu nangis ngan tindakan dia.. nangis sebab terharu.. sometimes ateeq terfikir, maybe segala ujian yang tuhan bagi, tuhan nak ateeq kenal dia and for me, its worth it.. ni salah satu ayat dia bagi kat ateeq.. ateeq copy paste dr im fb.. dia hantar.. tiap kali ateeq doen, ateeq akan baca ni berkali-kali smpai semangat ateeq ada balik..
MANUSIA BLABLABLABLA
Awalnya aku tak kenal dia – entah siapa.
Tak perlu rasanya aku nak mengkaji siapa dia.
Semester ketiga – lepas dah hampir setahun setengah di daerah asing itu.
Kami jumpa.
Bukan diluar makan jalan-jalan bersama.
Sekelas – hanya sekadar teman dalam kelas.
Teman kerja berdua.
Kami bukanlah serapat mana.
Tidaklah menelaah bersama – merayau langsung tidak.
Banyak versi penceritaan yang aku dengar.
Semuanya dari sumber radio yang DJ nya tidak bertauliah.
Yang siarannya tidak jelas akibat frekuensi yang tidak tepat.
Banyak gangguan bunyi.
Maka aku abaikan – tidak terlalu berminat untuk menelefon radio itu.
Tak berminat untuk memberi respond.
Hanya dengar.
Lepas habis, tutup radio.
Malas mahu berfikir secara kritikal.
Otak KBKK aku sengaja tak mahu aku gerakkan.
Sengaja tak mahu aku kerahkan untuk berkhidmat.
Tak ada faedah.
Peribadi dia – kenapa perlu aku sibuk-sibukkan?
Cita-cita aku mahu jadi wartawan bertauliah.
Bukan sembarangan wartawan untuk rancangan televisyen karat.
“eh, dia tu kan dulu pernah blablabla”
“masa semester satu dulu, dia la yang blablabla”
“dah la rampas boyfriend orang, lepastu blablabla”
*zzzzzzzzzz*
*gangguan siaran*
Kan aku kata.
Frekuensi tidak tepat makanya ada gangguan siaran – tak jelas.
Aku benci siaran radio yang ada gangguan macam lebah bersarang di dalamnya.
Sebab tu aku akan tukar siaran lain.
Jadi, dulu dia lah blablabla?
Masa semester satu dulu dia lah blablabla?
Ohh.
Dan kaitannya dengan aku?
Apa?
Kalau betul dia lah semasa semester satu dulu yang blablabla.
Tapi dia masa dengan aku paling banyak temankan belajar bersama.
Kalau betul dia lah dulu blablabla.
Tapi masa aku semester enam dialah yang paling risaukan kesihatan aku yang tak stabil.
Kalau betul dia bukan saja rampas boyfriend orang malah blablabla.
Tapi masa aku sendirian terpulau dek kawan sendiri, dialah yang siang malam jadi teman aku.
Kalau betul dia sebenarnya blablabla.
Tapi masa dengan aku dia lah orang yang langsung tak berkira wang ringgit dan kebendaan dengan aku.
Dan kalau lah dia tu bukan je blablabla, tapi blablabla.
Tapi masa dengan aku dia lah yang sanggup bersusah bersenang dengan aku.
Jadi, apa kaitan aku dengan blablabla yang kalian bebelkan?
Mana berhubungnya blablabla yang kalian jaja dengan realiti yang aku jalan dalamnya bersama dia?
Haihh.
Aku letih mahu jawab persoalan itu dan persoalan ini.
Kalau mahu tahu, jangan tanya aku.
Sebab aku tak berminat mahu korek yang tersirat disebalik dia.
Aku ukur darjat aku untuk membanding dengan dia.
Tak jauh mana.
Apa kata kalian juga membanding seperti itu?
Pasti jawapannya sama.
“Tak jauh mana”
“Lebih kurang sama”
Jadi mana lebihnya kita?
Suci sangatkah kita?
Macam yang aku katakan
Tuhan kurniakan DUA telinga setiap seorang.
Dua mata setiap seorang.
Jadi gunakan keduanya.
Jangan jadi makhluk yang tak bijak – gunakan kedua belah.
Jangan sebelah guna – sebelah buat hiasan.
Jangan lah pekakkan sebelah kanan.
Jangan lah butakan sebelah kiri.
Untuk kawan yang aku selalu kata comot.
Untuk kawan yang selalu aku kata perasan lebih.
Untuk kawan yang selalu aku kata annoying.
Aku tak kisah apa yang orang lain kata tentang kau.
Aku tak peduli apa yang orang bisik ke telinga aku pasal kau.
Aku tak ambik pusing apa yang orang lain sibuk sampaikan dekat aku tentang kau.
Aku ucapkan terima kasih.
Satu semester terakhir besama kau.
Bermakna sangat bagi aku.
Terlalu.
Terus berdiri, malah aku tau kau mampu berlari.
Tak perlu goyang dengan manusia yang lebih kerdil dari kau.
Terus ke depan.
Aku dibelakang.
Kalau kau terjatuh aku tolong tolakkan semula.
Kalau kau tak mampu mara aku akan selangkah kedepan kau tarikkan tangan.
Kita kan kawan.
Aku harap kita akan terus berkawan.
InsyaAllah.
Terima kasih Tuhan.
adeqtrauma.15/o1/2o13.11:13PM.
okay ateeq tak pandai nak karang ayat.. but this is for you sayang.. ayat biasa je.. bukan puisi.. heee..
aku sayang kau sangat-sangat.. aku bersyukur tuhan temukan kita, gerakkan hati kita tuk lebih rapat.. terima kasih kerana menerima aku seadanya aku.. terima kasih kerana tidak pernah berburuk sangka terhadapku... terima kasih keana tidak terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan terhadapku.. aku nakkau selalu ingat aku akan sentiasa bersama kau.. sentiasa sokong kau.. yang penting bagi aku adalah kebahagiaan kau.. and of course kesihatan kau.. please jangan degil.. heee.. walau jauh mana pon kau, walau dengan siapa pon, aku akan tetap bersama kau.. aku bangga ada kawan eh tak, sahabat macam kau.. kawan hidup mati ku inshaaAllah.. susah aku nyatakan sayang, berhaganya kau pada aku.. ckup tuk kau tau aku akn sentiasa ada untuk kau.. inshaaAllah..
wasalam :)