Thursday 16 October 2014

Adreana Jameela Raj

Assalamualaikum :)










Hello guys. kalini ateeq nak kenalkan ahli baru dalam family kami. sebelum ni ateeq pernah post mengenai my two little heroes, Aaron Yusuff Raj dan Zaqlul 'Asheeq, now ateeq nak kenalkan the new big boss Adreana Jameela Raj.


Adreana dilahirkan pada waktu subuh 9th June 2014. Masa tu ateeq baru sampai kelantan dengan medina dari kl. Jejak kaki tanah kelantan je Abang Aniq call bagi dengar suara adreana menangis. Nampak tak dia tunggu ateeq sampai dulu baru keluar? hahaha. i love you too baby <3



Genap umur adreana seminggu kami buat photo-shoot untuk adreana by Aniki Studio.  Aniki Studio sediakan pelbagai jenis pakej dari newborn, pre-wedding, wedding, shoot product untuk online seller dan banyak lagi. You can find them in facebook or contact En Aniq direct no 019-9133346 for more info.



ok balik pada adreana, she is natural tau. mana taknya, baru beberapa jam keluar dari perut mommy pon boleh senyum bila ateeq nak tangkap gambar.  Hahahaha. Cinta pada camera tu tak pernah hilang until now tau. Cuba selfie dengan dia, confirm dia pandang camera tu. Bak kata mommy, 'its in the blood'. hahahahaah




Adreana ni garang tau. Ada yang tak kena mesti dia marah. Ateeq selalu lah kena marah dengan dia. hahaha. Dia suka jalan-jalan, nak kita dukung dia bawak jalan keliling rumah, sama macam abang dia kaki jalan. tapi abang dia kena naik kereta pegi mall lah. Big boy dah kan, pandai dah. haha. Kalau kita tak dukung dia, mulalah dia mebebel. Bila adreana mula membebel, haaaa macam kucing gaduh lah bunyinya. hahahaha. comel je.





Now kami tak sabar tunngu masa untuk suap dia makanan sebab bila tengok kami makan, dia macam excited nak makan jugak tau sampai mulut pon mcam mengunyah gitu. hahaha. sabar ye baby, tak lama dah. nanti kami bagi awak makan banyak-banyak-banyak k. hehehe


Ini sahajalah buat masa ni ya. Welcome to the family sayang. Jangan garang sang at please. Nanti dah besar kits pi jalan-jalan sama-sama k. shopping, pi saloon semua k. hehe.


wasalam

Wednesday 8 October 2014

My Convocation - THE DAY

Assalamualaikum :)











Harinitu merupakan hari paling kelam-kabut buat semua. Semua kalut. Pia, Sya, Mimi semua sibuk nak tolong ateeq bersiap, uruskan family ateeq yang baru sampai, semualah. Ateeq convo sesi petang so my family decide nak bertolak pagi tu dari Kelantan. Zakwan pon gerak pagi tu sebab dia kerja.Ateeq sempat jumpa family kejap je sebab ateeq kena balik kolej untuk bersiap. Graduan kena masuk awal walaupun majlis mula pukul 2. 




Ateeq punya kalut haritu memang buat semua stress. hahaha. Teringat Mimi gelak tengok ateeq bersiap. Macam puteri Pia dan Sya layan ateeq tau. Dorang tolong ateeq bersiap dari bilik sampailah ateeq nak masuk dewan. Dorang tunggu depan dewan untuk pakaikan ateeq jubah dan topi. Wuuwuwuwu terharu. Dalam tengah kalut tu, Mimi tolong uruskan family ateeq kejap. Masa dalam Dewan Cemara, dewan menunggu sebelum masuk untuk terima diploma, ateeq jumpa jue, my sifu. Hehe. 




Once ateeq masuk Dewan Aspirasi, dewan untuk terima diploma tu, hati ateeq berdebar sangat. Mata ateeq liar cari ummi dan abah. Ateeq nampak ummi after ateeq dapat seat. Ummi duduk satu baris dengan ateeq. Masa tu lega sangat. Bukan apa, takut ummi tak perasan. hahaha. Ateeq nampak abah after terima scroll tu, ateeq lalu sebelah abah. hehe. 

Masa process penerimaan scroll tu, waktu paling buat ateeq sebak adlah bila kami kena nyanyi lagu UiTM. Ya Allah waktu tu segala kenangan dari Part 1 datang. kalau ikut hati memang nak nangis tapi kena tahan, sayang makeup. kang bergambar muka buruk sebab makeup bersepah. hahahaha. 

Bila keluar je dewan after majlis selesai, ateeq tengok family semua menunggu dengan bunga. Papa dan Ummie Tie pon sampai. Happy sangat-sangat. Zakwan dengan bear besor sebesar mohd dia bawak untuk ateeq. terus jadi perhatian sebab bear tu. hahaha. Hari gembira buat ateeq but ada rasa kosong sebab abang aniq, kak arina and aaron xdapat join sebab kak arina tengah sarat masa tu. Tapi takpe, they will be there for my next important event for me inshaaAllah. 


Dalam nak dapatkan scroll ni ateeq kena lalui banyak sangat dugaan. Dugaan yang kadang-kadang tak terpikir camner semua tu boleh jadi dalam tempoh yang terdekat, dalam satu masa. Ateeq belajar banyak perkara sepanjang belajar di Dungun dan Kelantan. Ummi Abah selalu sangat pesan kat ateeq dari kecil, walapun apa orang buat kita, kita jangan buat orang. Bila orang bagi kita keburukan, kita balas dengan kebaikan. Tu yang ateeq buat. ya makan masa nut bila kita betul, tuhan akan tolong kita. dari pelbagai cara. Dia bagi orang jaga kita, sayang kita, bersama kita, sahabat kita.


Ateeq takkan sekuat ni tanpa keluarga ateeq. Ateeq pun takkan dapat hadapi tanpa sokongan Lecturer, Staff dan kawan-kawan. Terima kasih semua. Terima kasih sebab percayakan ateeq, yakin dengan ateeq, sentiasa support ateeq dan sentiasa ada untuk ateeq. inshaaAllah ateeq akan cuba lebih baik pada masa akan datang. 





















Ateeq ada video masa terima scroll tu tau. En Azahari tangkapkan dari stage. sayangnya tak boleh nak upload.. ahhh sedih..

wasalam 

My Convocation - pre convo

Assalamualaikum :)


Dah lebih setahun ateeq tak buka blog ni kan? Rindu sangat nak menulis tapi tak sempat. dalam setahun ni banyak-banyak-banyak sangat perkara yang jadi. Alhamdulillah semuanya perkara yang baik sahaja. Untuk entry kalini ateeq nak bercerita mengenai majlis convocation ateeq pada 15 Mei lepas.



Persiapan untuk Convocation ni ateeq mula 2 ke 3 bulan awal. Sebaik tau je result final exam, terus buat persiapan convo. start dengan cari baju, kasut, tudung, makeup, handbag, almost everything lah sebab nak makesure everything is perfect masa majlis tu. Awal kan? hahaha. Excited sangat oi. Kebetulan selama 3 bulan tu ateeq dan ummi banyak urusan di KL and banyak turun naik KB-KL, ateeq ambil kesempatan untuk cari barang. Memang ambil kesempatanlah sebab hari wedding cousin ateeq pon sempat lagi pergi Bangsar semata-mata nak pergi cari baju. Untung ada my beloved cousin Kak Min and Abe Eh sanggup bawak ateeq and ummi pergi. haha.. Ailebiu lah.. hihi




ok next,  Ateeq bertolak ke Dungun bersama Elyn. Thanks sayang sanggup teman mia in short notice .Elyn teman ateeq drive sebab ateeq takleh drive sorang. Kami bertolak pagi, sampai lebih kurang pkul 2 petang tak silap ateeq. Dah sampai, terus pergi pejabat kolej ambil kunci bilik. Ateeq stay kat kolej untuk convocation sebab kolej ni buat kita lagi rasa manisnya convocation, selain pada kos tu murahlah. hehe. Malam tu ateeq pergi jemput Pia dan Sya untuk makan kat majlis NR. TR ajak. Suka hati je pergi join majlis orang. haha. Elyn balik pada hari kedua. Bas pagi sebab elyn kena kerja. :(  Thank you lagi sekali sayang. Jasamu dikenang. hehe



Bermulanya hari-hari di Dungun, segalanya indah dan bahagia gitu. sepanjang ateeq kat Dungun, Pia dan Sya teman ateeq tidur kat kolej sekali sebab taknak ateeq keseorangan (padahal kena paksa). sweet kan? i love you girls. hahahaha. Dorang ada kelas so sepanjang mereka ke kelas, ateeq sibukkan diri pergi jumpa lecturer-lecturer, staff-staff yang mana sempat. Sepanjang ateeq kat Dungun, merekalah kekuatan ateeq, kawan-kawan ateeq. hehe. Best tau kawan dengan staff ni, banyak perkara kita boleh belajar. Ateeq tak sempat nak jumpa semua haritu sebab masa singkat sangat. hmm.. Maaf ye En, Puan, Miss, ateeq tak sempat nak pergi jumpa semua. Next time ateeq pergi, inshaaAllah ateeq cari semua ya.




4 hari sebelum hari convo ateeq, ateeq dapat hadiah convo. Dikirimkan melalui Hajar. tau dari siapa? Dari Afiq, Afiq kirim sebab dia cakap dia "tak dapat" datang convo ateeq. Ateeq, Pia Afiq , Sya adalah 4 sekawan. 1 group gitu. Paling rapat kat Dungun. hehe. So bila dia cakap dia tak datang, kami marah lah, siap ugut kalau tak datang, kami bertiga nak bakar bear dia bagi tu. hahahaha. sekali lepas cakap camtu esoknya dia smpai. boleh plop. haish. haha. Tapi afiq sampai tu menyedihkan skit lah. dia punya tak nak suahkan kami tu dia pi turun kat KT then naik bas KT ke Dungun sebab bas sampai Dungun awal pagi. dah sampai Dungun, ateeq plop lambat ambil dia. hahaha. sorry ye afiq. akak tak sengaja. hehehe






Pagi after ambil Afiq, ateeq keluar jumpa kawan-kawan lama. bila lagi nak jumpa kan? Then bagi Afiq rest, ateeq pergi ambil jubah then petang tu kamitangkap gambar  pre-convo. happening sangat dengan mengusik afiq, usik pia, macam-macam pose. hahaha. ohhh rindunya kat dorang. After tamat sesi bergambar kami plan keluar dinner plop. sambil tunggu mimi sampai. hehe.




 


Sehari sebelum hari convocation ateeq, ateeq mimi, jue and my classmates pergi Mesra Mall. Saja jalan-jalan before majlis. Kami pergi makan tengok wayang seingat ateeq. hehe..





Balik je dari Mesra Mall, ateeq tangkap gambar pre-convo lagi dengan mimi, afiq, pia, sya dekat pokok di belakang sekolah sains. Kalini En.Azahari singgah kejap jumpa Ateeq. Seminggu Ateeq kat Dungun dapat jumpa dia kejap-kejap jew. Banyak kali nak borak tapi En busy sangat.