Tuesday 1 August 2017

why jauh sangat??


Last few weeks, ateeq dan zack pergi tengok wayang kat Kuala Terengganu. Yesszaa Kuala Terengganu dah ada wayang. Haha. Cinema ni baru je buka rasanya, Kami dapat tahu pon melalui supplier zack. Dia recommend pergi tenok wayang situ sebab situ lagi dekat dari Mesra Mall kan. So kami apalagi, terus booked tiket wayang online. Haha



Okay ateeq cerita serba sedikit about the cinema dulu. Nama cinema tu Lotus Five Star (LFS) Cinema terletak di PB Sentral. Kat mana PB Sentral? Kat sebelah bangunan UTC. Nak ke cinema tu kita kena naik lift ke tingkat 7. Keluar je dari lift tu korang akan nampak escalator untuk ke hall cinema dulu, then kat tengah ada tempat jual makanan then hujung bangunan barulah kaunter tiket. Yes korang boleh naik escalator tu sebab takde orang jaga. Haha




Untuk ke Hall Cinema tu, kita kena naik escalator dulu. Takde hall yang sama level dengan kaunter tiket and beverage tu. Mskin bertambah nombor hall tu, makin tinggi lah korang kena naik ke atas. Oh ye sebelum korang sampai level halls 9,10,11, korang akan sampai kat satu level yang hall dia reserved untuk special event. Basically, bila kita sampai level tu, kita akan confused sebab takjumpa lagi hall cinema and takde staff pon tuk kita tanya. -_____-



Bila sampai ke level hall kita tu, kita kena jalan sampai hujung sebab pintu masuk kat situ. Kat situ ada orang jaga lah. Dari escalator tu kita dah boleh nampak hall kita kat mana sebab dia tutup dengan dinding kaca.  Hall yang ateeq dapat haritu hall 11, pelik sikit, seating dia buat macam dalam dewan kuliah mengadap screen ke bawah. Halls lain tak tahu lah sama ke tak seating and screen dia. Oh by the way, if nak pergi sana, sila bawak sweater because tempat dia sejuk.



Okay berbalik ke cerita ateeq. We were so excited nak pergi tengok wayang acah-acah movie date zaman bujang, haha zack booked movie Baby Driver pkul 9 malam. Basically kami agak rushing sebab z habis kerja pon malam, nak balik bersiap and kena drive ke Kuala Terengganu lagi semua, kami sampai sana pon dah pkul 8.50 dah lebih kurang. Since this is our first time, sampai je terus beli popcorn, and memang kami nampak escalator nak ke hall tu, kami terus naik cari hall tu. Well kami dapt hall 11, so paling atas paling jauh. Haha. Memang lajulah kami jalan. Well to those yang tak kenal ateeq, ateeq jalan sangat slow. Jadi, untuk ateeq jalan laju camni, means kami betul-betul dah lambat. haha



Sebenarnya selepas naik escalator dalam 6 kali tu, confused kejap in the middle sebab jumpa level kosong bhahaha tapi jumpa jugak hall tu, kami terus nampak hall kami sebelah escalator tu je. Tapi kami still kena jalan sampai hujung bangunan, ke pintu masuk. Time tu dah stress dah susah sangat nak ke hall, sekali bila nak masuk je pintu tu, staff tu cakap “abang kena print tiket kat kaunter tiket kat bawah”. We were like whaaaaaaaaatttt???????? Kami order online ni barcode semua then he said sini kena print dulu tiket. So kami kena turun balik, jalan ke hujung bangunan untuk print tiket online kami, then jalan ke hujung bangunan lagi tuk ke escalator, naik 6 escalator yang half is not working, then jalan lagi ke hujung bangunan, untuk masuk and serah tiket, make a u-turn baru boleh masuk tengok movie.  -________________-




What point ada online tiket if we still kena beratur untuk print tiket macam orang beli kat kaunter? And kenapa kalut serabut sekali system dia? Seriously. Tu first dan last kami pergi kot. Haha. You guys are welcome to try the cinema. Cinema tu ok cuma yelah, system dia serabut sikit. Remember, pergi kaunter tiket to print tiket before korang panjat escalator yang hidup tak hidup tu.  Pergi sana boleh exercise ssekali sebab setiap tempat jauh. Haha. Oh lupa, if nak bawak anak, tak payah bawak stroller, korang kena naik escalator untuk ke hall, remember?

2 comments:

  1. Sekarang kalau beli online, x perlu ke kaunter dah. Kat pintu dia tanya nombor IC je terus keluar tiket.

    ReplyDelete
  2. Casino & Hotel in Richmond, Washington - Mapyro
    The Casino & Hotel in Richmond, 세종특별자치 출장안마 Washington is a 경주 출장샵 Native American 아산 출장안마 casino in 수원 출장안마 Washington, owned by the Eastern Band 파주 출장샵 of Cherokee Indians and operated by

    ReplyDelete