Monday 7 August 2017

Zakir Mursyeed








Kenalkan ni Zakir Mursyeed bin Mohd Aniq Zardash. Adik kepada Zaqlul Asheeq. Semangat kan orangnya? Cuba tengok dia senyum tu.. eeee geram nak gigit pipi tuh haishh.. Hehe Zakir ni sangat manja, cheeky sangat and easy to please. As long as you have food, you can make him happy. Senang kan? Tapi, ada tapi hehe tapi if mama dia ada, haaaaa dia takkan pandang kita dah. Nak mama dia je manjang. Anak manja mama sangat. Geram tyteeq, nak ambil main pon susah. Haha



Zakir lahir seminggu lebih kurang sebelum majlis kahwin ateeq. (sorry mama I lupa tarikh birthday, don’t kill me please haha). Kemain kami semua panic sebab risau dia keluar hari ateeq kahwin, haha. Masa hari kak illa nak lahirkan zakir, ateeq pergi tido rumah kak illa. Nak bagi semangat and tolong jagakan zaqlul. I tell you my kakak-kakak ipar memang kuat semangat. Sakit nak beranak pon boleh tahan lagi taknak pergi hospital. I remember ateeq nak lahirkan Aurora dulu, bukaan 3cm pon menjerit nak gila dah dalam labour room.(I blame induce drip and epidural yang tak menjadi). Haha



Last few days, ateeq terima berita Zakir ditahan ward sebab susah nak bernafas. Bila dah cek, doc confirmkan zakir terkena virus RSV. Mengikut fahaman ateeq apa yang abang adah cakap, virus ni tiada antibiotic atau ubat, doctor hanya boleh pantau sahaja. Normally penyakit ni akan sembuh sendiri bergantung kepada antibody zakir. Tapi, penyakit ni boleh bertambah serious hingga rosak paru-paru, worst dapat penyakit macam aurora.  



Sekarang condition zakir kat tengah-tengah. Alhamdulillah zakir active, kuat Nampak macam sihat, he can even dance (goyang-goyang badan sambil dengar lagu) but his lung kuat bunyi. Minta semua doakan zakir kuat ye. Moga Allah sembuhkan penyakit zakir sepenuhnya, kembalikan kesihan dan kekuatan pada zakir, moga abe adah dan kak illa pon kuat semangat. Allah, peliharahlah zakir mursheeq, kuatkanlah semangatnya, antibody zakir, supaya zakir boleh sembuh, boleh lawan penyakitnya.




Moga dijauhkan ujian ateeq pada mereka, Zakir Mursyeed kuat inshaAllah. Zakir Mursyeed akan sihat inshaAllah.

Tuesday 1 August 2017

Udang Tepung Gebu

Semenjak bergelar isteri ni ateeq cuba develop beberapa hobi baru and one of them is memasak. Haha ayat isteri-isteri sangat hobi memasak. Hahaha. To tell you the truth, sebelum kahwin, ateeq sangat tak suka memasak, tak suka duduk dapur sebab dapur ni panas. (hint nak suh zack pasang aircond kat dapur) bahahaha I wish. Tapi semenjak bergelar isteri ni, ada timbul rasa kepuasan pulak bila kita masak. Mungkin sebab zack ni jenis makan bersungguh apa yang ateeq masak walau rasanya pelik. Im still learning hokey



Disebabkan lepas kahwin ni baru reti nak masak, guru ateeq mostly google (kalau mama and ummi takde). Kita kan berada di dunia hujung jari, so google lah segala menda kita nak tahu include cara nak memasak. Haha. So nak dijadikan cerita, a few days ago zack ada mention about his favorite udang celup tepung yang dia selalu order kat kedai makan santai kat kuantan. He asked me bila ateeq nak masak untuk dia. Well, being a good wife (flips tudung) terus google resepi kat youtube.


Kebetulan masa tu kat rumah mama, (rumah mama semua ada and of course udang pun banyak) haha ateeq terus try buat. First try tak menjadi sebab fry guna pan, second try pakai kuali baru jadi sebab udang betul-betul tenggelam. Please take note I tengah berlagak I boleh masak menjadi. Mama sahkan menjadi hokey. Hahaha



gambar ihsan google. ateeq excited sangat buat tak sempat bergambar.




If you guys nak tahu cara, I share resepi kat bawah.

Bahan-bahan:

·                20 - 30 ekor udang
·                80 gram tepung gandum
·                100 ml air
·                1 sudu kecil baking powder
·                sedikit garam


Cara Membuatnya :

1.              Masukkan tepung gandum, garam dan baking powder ke dalam mangkuk. (ateeq tapis dulu tepung tu)
2.              Masukkan air dan kacau rata supaya tidak berketul.
3.              Biarkan selama 30 minit sebelum digunakan. Kalau masuk dalam peti sejuk lagi bagus. (lagi lama perap lagi kembang tepung tu)
4.              Udang di bersihkan. Buang kulit, tinggalkan sedikit kulit dibahagian ekornya.
5.              Keringkan udang dengan kitchen tissue. Pastikan benar-benar kering. kalau basah boleh meletup minyak
6.              Panaskan minyak yang banyak (boleh tenggelam udang).
7.              Pegang bahagian ekor udang dan celupkan rata ke dalam bancuhan tepung.
8.              Bahagian ekor tidak perlu bersalut tepung.
9.              Masukkan ke dalam minyak dan goreng sehingga keperangan.
10.           Angkat dan toskan.



Then hidang dengan sos cili thai or sos cili biasa. Nak lagi sedap, hidang sekali dengan mayonis. Hehe. Bila buat sendiri ni lagi puas hati. Dapat makan banyak dari makan kat kedai. Yedop? Disebabkan excited buat menjadi, habis satu bekas udang ateeq pakai buat ni. Hahaha.


Oh by the way, if korang nak udang tu lurus memanjang, potong sikit belah udang membengkok tu. Potong 3 tapi jangan sampai putus, cukup kita nak luruskan.


kat sini. potong 3 sikit je. 




Selamat mencuba  ;)



Kemasik dan Memori


Since I keep dreaming about Aurora Delisha lately, ateeq dan zack decide nak balik rompin hujung minggu lepas, balik ziarah Aurora dan kemas rumah. Dah alang-alang balik, ateeq request zack ikut jalan lama, tak masuk highway sebab nak mengimbau memori zaman belajar, zaman kanak-kanak ribena. Hahaha







On the way balik, kami singgah di pantai kemasik. Ateeq pernah singgah sekali je kat sini sebelum ni. Kalau tak silap ateeq dalam 5-6 tahun lepas.  Zack bawa ateeq kesini lepas masing-masing admit suka each other. Kenkonon romantic lah dating kat pantai. Hahaha


Turun je dari kereta, zack terus cakap saying, kat situ lah kan kita tangkap gambar yang nampak macam kat obersi dulu? Then we look at each other and gelak. Hahaha. Acah-acah sangat waktu tu. Sorang bajet hot, sorang bajet gangster. Bhahah no lah. We both hidup dalam dunia kami, ignoring everything, rasa macam dunia ni dalam genggaman. Hahaha. Then ateeq nampak satu tiang ni and terus teringat, b, situlah b shuffle dulu kan? Hahaha. Hebat sangat lah dulu kalau pandai shuffle. Hahaha


How I wish I can upload those videos, pictures kami kat sini to share with you all tapi, bahasa, pakaian sangat tak bersusaian. Hahah. Tak seksi pon, cuma waktu tu ateeq tak bertudung, hehe


It felt so good bila singgah situ, ateeq dapat reflect balik how far we’ve come in our relationship. Masa kami kesini dulu, we were so different, so nakal, trust me cara kami bercakap to each other pon berubah sepenuhnya. We used to talk freely, marah, maki, sumpah seranah senang sangat keluar. Now, bercakap kemain lembut, slow hahah. 


Who knows kan kami akan sampai ke tahap ni. Kami dah ada anak from my womb yang  berbintikan zack. Kami tak pernah terfikir hubungan kami akan sampai tahap kahwin pon dulu. Hahaha. There are so many things, so many dugaan, ujian tuhan bagi, kami tak  pernah giveup. Now, tuhan hadiahkan kami seorang puteri syurga kami namakan Aurora Delisha.


InshaAllah moga Allah memelihara dan memberkati hubungan ni hingga ke syurga. Semoga kita sentiasa kuat, sentiasa positive dan sentiasa ada for each other selamanya.


why jauh sangat??


Last few weeks, ateeq dan zack pergi tengok wayang kat Kuala Terengganu. Yesszaa Kuala Terengganu dah ada wayang. Haha. Cinema ni baru je buka rasanya, Kami dapat tahu pon melalui supplier zack. Dia recommend pergi tenok wayang situ sebab situ lagi dekat dari Mesra Mall kan. So kami apalagi, terus booked tiket wayang online. Haha



Okay ateeq cerita serba sedikit about the cinema dulu. Nama cinema tu Lotus Five Star (LFS) Cinema terletak di PB Sentral. Kat mana PB Sentral? Kat sebelah bangunan UTC. Nak ke cinema tu kita kena naik lift ke tingkat 7. Keluar je dari lift tu korang akan nampak escalator untuk ke hall cinema dulu, then kat tengah ada tempat jual makanan then hujung bangunan barulah kaunter tiket. Yes korang boleh naik escalator tu sebab takde orang jaga. Haha




Untuk ke Hall Cinema tu, kita kena naik escalator dulu. Takde hall yang sama level dengan kaunter tiket and beverage tu. Mskin bertambah nombor hall tu, makin tinggi lah korang kena naik ke atas. Oh ye sebelum korang sampai level halls 9,10,11, korang akan sampai kat satu level yang hall dia reserved untuk special event. Basically, bila kita sampai level tu, kita akan confused sebab takjumpa lagi hall cinema and takde staff pon tuk kita tanya. -_____-



Bila sampai ke level hall kita tu, kita kena jalan sampai hujung sebab pintu masuk kat situ. Kat situ ada orang jaga lah. Dari escalator tu kita dah boleh nampak hall kita kat mana sebab dia tutup dengan dinding kaca.  Hall yang ateeq dapat haritu hall 11, pelik sikit, seating dia buat macam dalam dewan kuliah mengadap screen ke bawah. Halls lain tak tahu lah sama ke tak seating and screen dia. Oh by the way, if nak pergi sana, sila bawak sweater because tempat dia sejuk.



Okay berbalik ke cerita ateeq. We were so excited nak pergi tengok wayang acah-acah movie date zaman bujang, haha zack booked movie Baby Driver pkul 9 malam. Basically kami agak rushing sebab z habis kerja pon malam, nak balik bersiap and kena drive ke Kuala Terengganu lagi semua, kami sampai sana pon dah pkul 8.50 dah lebih kurang. Since this is our first time, sampai je terus beli popcorn, and memang kami nampak escalator nak ke hall tu, kami terus naik cari hall tu. Well kami dapt hall 11, so paling atas paling jauh. Haha. Memang lajulah kami jalan. Well to those yang tak kenal ateeq, ateeq jalan sangat slow. Jadi, untuk ateeq jalan laju camni, means kami betul-betul dah lambat. haha



Sebenarnya selepas naik escalator dalam 6 kali tu, confused kejap in the middle sebab jumpa level kosong bhahaha tapi jumpa jugak hall tu, kami terus nampak hall kami sebelah escalator tu je. Tapi kami still kena jalan sampai hujung bangunan, ke pintu masuk. Time tu dah stress dah susah sangat nak ke hall, sekali bila nak masuk je pintu tu, staff tu cakap “abang kena print tiket kat kaunter tiket kat bawah”. We were like whaaaaaaaaatttt???????? Kami order online ni barcode semua then he said sini kena print dulu tiket. So kami kena turun balik, jalan ke hujung bangunan untuk print tiket online kami, then jalan ke hujung bangunan lagi tuk ke escalator, naik 6 escalator yang half is not working, then jalan lagi ke hujung bangunan, untuk masuk and serah tiket, make a u-turn baru boleh masuk tengok movie.  -________________-




What point ada online tiket if we still kena beratur untuk print tiket macam orang beli kat kaunter? And kenapa kalut serabut sekali system dia? Seriously. Tu first dan last kami pergi kot. Haha. You guys are welcome to try the cinema. Cinema tu ok cuma yelah, system dia serabut sikit. Remember, pergi kaunter tiket to print tiket before korang panjat escalator yang hidup tak hidup tu.  Pergi sana boleh exercise ssekali sebab setiap tempat jauh. Haha. Oh lupa, if nak bawak anak, tak payah bawak stroller, korang kena naik escalator untuk ke hall, remember?