Thursday 20 July 2017

Ngetak Bulu

Zack ada minat baru semenjak dia kahwin dengan ateeq. One of them is gaduh dengan ateeq persoalkan dialek kelantan. Dont get me wrong. He loves our dialek, and ada masa-masanya dia akan cakap kelantan dengan ateeq. Ateeq suka ajar dia cara bercakap kelantan. 


Pagi tadi ateeq ada tertengok benda yang menggelikan, (oh boy mau seminggu hilang selera makan ni) so ateeq bagitau lah zack said geli geli geli and nak nangis sebab geli semua. As usual respond zack being the best husband ever is gelakkan ateeq -_____- . Then i go b tau tak geli tu apa? maksud geli tu apa? then dia tanya balik haa apa maksud geli? then ateeq jawab geli ni ngetak bulu geli. then dia senyap kejap tanya ngetak bulu tu apa?????

 oh menggggggg... lupa pulop dia bukan orang kelantan... hmmm hmmmm hmmm macam mana nak explain apa itu ngetak bulu? ado ore kelate buleh tulung ko??    

Tuesday 18 July 2017

Please lah people.

Ateeq sebenarnya plan nak share about wedding my sister but ada satu perkara ni yang keep bugging me and ateeq rasa ateeq perlu luahkan mengenai hal ni because apparently there are a few people tak faham yang isu ni sensitive for people like me.


Ada beberapa sebab ateeq tak suka jumpa orang lately. One of the reasons is ateeq taknak bercakap mengenai Aurora. I know dorang berniat baik, just being concern semua but sometimes too concern boleh buatkan ateeq dan zack jadi sedih.


Ateeq still can handle bila jumpa orang, or kawan umi and they said "oh yang ni lah ye yang anak mati haritu?" because i can still smile and jawab ye betul, saya lah tu. Its okay for you guys nak tanya about Aurora, apa yang jadi, dia sakit apa semua but its not okay to bandingkan dengan anak orang lain.


Some conversation went like this

Anak sakit apa?

Jangkitan kuman dalam paru-paru

Oh ye ke? Anak adik pernah kena dulu. Okay je.. Anak akak pon okay je takde masalah boleh lawan yada yada yada

hmmm


some people keep asking mana anak, walaupun tahu apa yang jadi. Contoh, dia baru je cakap dengan zack, and zack cakap anak kami dah takde. Takde rezeki lagi. Then when they saw me, terus tanya "mana anak? baru ingat nak main  dengan dia." Ya Allah.. people, why you do this to us? Take note, bagi yang tanya tapi tak tahu apa yang jadi tu ateeq takde terasa pon. Yes its still buat ateeq teringat, but its not like yang dah tahu but still tanya.


yes..conversation like this sadly memang jadi.. Surprisingly banyak kali..hmmmm.. i know anak awak okay, sihat, yes i know most of them survive penyakit tu. YES I KNOW.. kenapa nak bandingkan anak ateeq dengan yang lain? atas kuasa ateeq ke nak tentukan Aurora selamat ke tak?


Please lah people, have some respect. Aurora pergi tak sampai 3 bulan lagi. Memang senang nak cakap ateeq kena terima, takleh pikir, takleh sedih and I AM TRYING to be strong as i can. Tapi bila jumpa some people yang macam ni, mood kita yang tengah happy, tengah gelak boleh bertukar jadi sedih. I am sorry to those people yang ateeq tinggikan suara asking you to stop talking about this, ateeq tak boleh. Mungkin selamanya tak boleh.


Please stop asking me all this question and please, please stop pointing out another baby survived and question why not mine. Please. If ateeq rasa ateeq ada kekuatan nak bercerita, ateeq akan cerita personally. But if i said ateeq tak boleh bercakap pasal ni, tolonglah faham ateeq betul-betul tak boleh. Stop asking the same question and stop reminding us apa yang jadi kat aurora. 


Kalau kita nak play the blame game, semua orang kami boleh salahkan atas apa yang jadi. Kami boleh salhkan hospital, boleh salahkan doktor, salahkan diri sendiri, salahkan semua but what point kita dapat? Boleh dapat balik ke anak ateeq?


Please bagi kami masa, bagi kami ruang. Jangan tanya dah k? Ateeq tak perlu pendapat korang kenapa semua ni boleh jadi. Ateeq dan zack dah terima and yakin ni semua asbab tuhan nak letak Aurora kat better place. Aurora tengah happy pon sekarang. Why dont you let her parents be happy too?


We are struggling to move on, to be happy, redha dengan ujian yang sangat berat ni, jangan lah tambah beratkan hati kami, boleh? Ateeq tahu korang cuma ambil berat, cuma caranya tak ateeq takleh terima. Im sorry.  Ateeq dan zack doakan anak-anak korang sentiasa sihat, membesar dalam keadaan yang baik. InshaAllah.

Monday 17 July 2017

This is awkward (0.0)

Okay hujung minggu lepas, ateeq dan zack balik kelantan. Ateeq excited sangat nak balik sebab ateeq rindukan ummi, my family, and the kids. Kami balik 3 hari 3 malam. Khamis malam bertolak ke kelantan, balik kerja ahad malam.


Macam biasa, bila balik, ateeq akan borak dengan umi bercerita about me, apa ateeq buat semua, and ateeq bagitau umi ateeq dah mula menulis balik. Umi selalu encourage ateeq untuk menulis sebab she know menulis adalah minat ateeq dari kecil and i find my peace in writing. Tengah borak tu, (well ateeq sorang je cakap basically and umi just mendengar sambil angguk and senyum) ateeq cakap ateeq ada update blog pasal umi. Then she said, "umi tahu, umi baca." and i was like ooookkaaaaaayy.. hmmm hmmm hmmm okay my mom read my blog.. Patutlah lepas ateeq update blog about Aurora umi facetime marah ateeq cakap jangan layan perasaan. I blur sangat waktu tu sebab baru bangun tido.. hahaha..


The next day, mama, papa and may (family zack) datang ziarah umi. Kebetulan dorang datang untuk wedding medina belah abah, dorang datang lah skali ziarah umi. Ateeq macam biasa, happy sambut dorang datang semua and bila ateeq salam je dengan mama she said "okay ke?" and ateeq pelik and jawab okay je. Then she said "okay apa update blog macam tu?" then i forgot dah apa mama cakap lepas tu sebab otak ni duk ulang-ulang update me mama baca blog ateeq. hahahaha.. then i teringat, okay, apa yang ateeq dah update sebelum ni? oh my god oh my god oh my god. okay help ateeq takleh bernafas. hahahahha..


What should i write on my blog lepas ni? i cannot update perkara mengarut dah, takleh nak update pasal ateeq tak stable semua dah because semua tu akan buat ummi and mama risau. (well, its a good thing sebab ateeq tak boleh nak pikir ayat nak karang about my unstable emotion dah). Apparently, sedikit sebanyak akan membantu ateeq moveon jugak kan? kan????? hahahah


okay i need to go.. kena delete semua post yang dulu-dulu yang mengarut tu.. this is embarrassing for me. hahahha.. oh by the way, hai mama, hai ummi.. ateeq okay.. jangan risau k. hahahhaha.. kbai

Monday 10 July 2017

A little bit about Aurora Delisha

Assalamualaikum







Minggu ni minggu yang sukar buat ateeq dan zack. Emosi kami tak berapa nak stable. Ateeq terlalu rindukan Aurora. I cried everynight to sleep and bila tersedar, sambung lagi.. haha.. Actually it was me who started and eventually zack akan terjebak sekali sedih teringat selepas dia tenangkan ateeq. hmm.. sorry b.


It is hard for both of us. Orang cakap makin hari makin okay but for us, makin hari, rasa rindu tu makin mendalam. Cemburunya ateeq bila melihat anak kawan-kawan senyum, gelak sebab ateeq tak sempat nak tengok aurora senyum. Sedihnya ateeq bila tertengok snugbaby kat instagram sebab atteq dah bayang zack akan bawak aurora guna snugbaby sebelum dia keluar lagi but tak sempat.


Everyday kami cium bedung yang last Aurora pakai. Masih ada bau dia. Betapa kami rindukan baby kami. Yes we are struggling but we know we need to be strong for her. hmmm


Then ateeq teringat medina cerita kat ateeq mengenai keuntungan parents yang kehilangan anak yang masih belum baligh. She said she shared it kat message facebook ateeq. baca article tu buat ateeq tenang sangat. Ateeq bacakan untuk zack and he's smiling. Ni apa yang article tu tulis







“Lamanya di Barzakh itu ialah semenjak roh berpisah dari tubuh, semenjak meninggal dunia, sampai hari berbangkit”.“Bagi orang-orang yang beriman di Barzakh hanya terasa sebentar saja”.“Semasa di padang Masyhar, diriwayatkan bahawa anak-anak kaum muslimin yang meninggal dunia sebelum mencapai usia baligh, akan dizinkan memberi minum kepada ibu-bapa mereka. Anak-anak ini akan menyusup di antara orang ramai dengan membawa minuman untuk ibu-bapa mereka, sementara manusia ketika itu dalam keadaan dahaga yang luar biasa”.“Anak-anak yang mati sebelum baligh menyambut ayah-bondanya di pintu syurga”.


“Anak-anak Muslim yang meninggal di waktu kecil, ertinya sebelum baligh di Barzakh dikumpulkan pada suatu tempat dan diasuh oleh Nabi Ibrahim. Setelah kiamat nanti mereka itu langsung dipindahkan ke syurga akhirat. Jadi mereka ini tidak mengalami panas matahari, tidak melalui hisab, iaitu pengadilan di Mahkamah Rabbul-Jali. Tidak melalui mizan, dan tidak meniti Titian Shirathal-Mustakim yang terbentang di punggung api Neraka Jahannam itu. Mereka ini setelah dibangkitkan langsung dipindahkan ke dalam syurga Jannatun Naim”.


“Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kepada ayah dan bondanya, lupa kepada kampong halamannya, lupa semuanya. Pada suatu hari nanti, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, tiba-tiba ada malaikat memberitahukan: Hai Wildan (anak-anak yang mati sebelum baligh), lupakah engkau kepada ayah-bondamu?


 Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah-bonda mereka yang selama ini mereka lupakan”.“Lalu mereka ambil air untuk diminum, makanan dan pakaian, lantas mereka itu berlari-lari sambil menangis menuju pintu syurga”.


“Setelah terompet berbunyi, pintu syurga terbuka, maka sekalian orang berhamburan masuk ke dalam syurga itu, dan ketika itulah anak-anak ini sibuk mencari ayah-bondanya. Mereka berjalan ke sana-sini mencari tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis membawa minuman, pergilah mereka kepada malaikat menanyakan: Oh, Malaikat, mana ayah dan bondaku? Kata mereka sambil menangis”.”Malaikat menjawab: Oh wildan, malang kamu, ayah dan bondamu terjatuh ke dalam neraka. 


Mendengar hal yang demikian maka anak-anak ini menangis dengan ratapan yang menyayat hati. Oh ibuku, Oh ayahku. Apakah kesalahanmu, ayah. Apa dosamu, ibu, maka sampai terjatuh ke dalam neraka. Mereka menangis dan meratap”.“Kata malaikat: Hai Wildan, jangan menangis, mengadulah kepada Nabi Muhammad SAW”.


“Setelah anak-anak ini mengadu kepada Nabi Muhammad, lantas Nabi mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkan orang-orang mukmin yang berada di dalam neraka itu”.“Setelah bertemu dengan anak dipintu syurga anak yang meninggal di waktu masih kecil, yang menjadi kerinduan siang malam selama ini, aduh gembiranya tidak terhingga. Berfirman Allah SWT dalam Al-Quran:”Pada hari itu mereka berjumpa dalam keadaan gembira.(Ad-Dahr: 11)









Alhamdulillah anak mommy tengah bahagia. Sayang tau maksud nama sayang and kenapa mommy daddy letakkan nama sayang Aurora Delisha? Aurora means fajar. Waktu fajar, subuh adalah waktu rezeki paling murah. Waktu fajar jugak adalah waktu yang paling tenang. So nama tu bagi maksud anak mommy ni tenang orangnya, murah rezekinya. Selain tu, mommy berkenan nama Aurora masa tengok cerita Maleficient. Aurora sentiasa positive, disayangi semua orang termasuk Maleficient. Dari benci, aurora buat dia sayang.. So mommy harap kehidupan princess mommy pon macam tu.

Delisha means sentiasa bahagia dan membawa kebahagiaan kepada orang lain. Apa yang mommpy minta kat tuhan untuk anak mommy is anak mommy sentiasa bahagia. Walau apa pon ujian yang akan datang pada Aurora, Aurora tetap bahagia. Hehe tulah harapan mommy dan daddy untuk princess kami.

Sayang mommy memang membawa rezeki untuk kami. Dari mengandungkan aurora lagi rezeki datang dari pelbagai cara. Lepas sayang mommy melihat dunia, lagilah.. Cuma anak mommy tak sempat nak merasa semua tu.. And yes. kehadiran anak mommy membawa kebahagiaan semua.. Anak mommy bahagia kat sana. And anak mommy juga akan bawa kebahagiaan pada semua di akhirat nanti. InshaAllah.. Tuhan betul sayang dan jaga anak mommy. Alhamdulillah


Sayang, nanti kat akhirat sana kita jumpa k? Mommy rindu nak gomol pipi sayang mommy, rindu nak dengar sayang mommy marahkan mommy, merajuk dengan mommy. Sayang jangan lupakan keluarga sayang k? Nenda, Tokma, Tokpa, Tokbah, NekUmi, Daddyniq, Kellong, Mommyna, Abah, Tymay, MamaIlla, Tyna, Kelrais, Kelmad, Paksu, Kelziq, Kelkim, and all your cousins too. Semua rindukan sayang, nak main dengan sayang. Semua rindu nok gomol sayang, kacau sayang. Kita semua main sama-sama kat sana k.


Alfatihah untuk puteri mommy dan daddy Aurora Delisha Binti Ahmad Zakwan







ummi

Assalamualaikum :)



Hello semua ! Kalini ateeq nak bercerita mengenai my beloved ummi. Nak share serba sedikit bout nyawa ateeq ni. hehe. Jom mulakan :)







Bagi yang mengenali ateeq, mereka tahu betapa rapatnya hubungan ateeq dengan ummi. Yelah, mana taknya, she is my bestfriend. Hahaha. Semua kawan-kawan ateeq wajib mengenali umi. And bile jumpa, ateeq wajibkan kawan-kawan panggil ummi dengan pangggilan umi. Hahaha lebih mesra and for me panggilan makcik tu macam tua. hahahah. Macam-macam lah aku ni.


Ummi ni orang paling cantik didunia. Seriously. Kulit dia lembut je. Bersih lagi. Lagi clear dan lembut dari ateeq. Pakai makeup sikit pon nampak flawless dah. Tak perlu makeup pon dah flawless. Kalau bandingkan tangan umi dengan tangan ateeq hmmmmm tangan ateeq lagi kusam tau. Pastu kalau kami shopping kasut, bila umi pakai nampak cantik je, skali bila ateeq pakai, terus kena gelak ngan medina.. I stress.. Kadang-kadang ateeq pon jeleous sebab nak kulit macam tu jugak. hahaha.





Ateeq dengan umi takde rahsia tau. Seriously memang takde rahsia. Haaa. Dia wajib tahu dengan siapa ateeq berkawan, dengan siapa ateeq keluar, even kalau ada lelaki nak rapat dengan ateeq pon wajib mintak izin dia dulu. If ateeq ada berkawan dengan orang tu, then dia cakap dia tak berkenan, automatically ateeq tak berkawan dah dengan dia. Like that. Waktu sekolah dulu, nak keluar lepak ngan kawan-kawan umi wajib ada. haaa..  Zakwan dulu nasib baik dari awal umi okay and dia boleh layan umi macam mana ateeq layan umi. heee. Bagi ateeq, lagi senang bila kita takde rahsia dengan ibu kita. At least if anything happen, dia tahu kita kat mana, dengan siapa or if anyone try nak fitnah kita, dia tahu apa yang kita buat, apa yang jadi sebenarnya. Gituu



Umi ni manja orangnya. Dia suka sangat bermanja dengan anak-anak dia. Contoh manja umi is bila dia nak makan popcorn, dia tengok je kaunter popcorn, pastu tengok ateeq, senyum-senyum then jeling-jeling mata kat popcorn. Gituuu.. Hahaha.. Tu if dia nak makan but tak berani takut kena bebel. Jangan salah faham. We membebel untuk jaga kesihatan dia hokeyy.. Tu kalau dah buat muka gitu kalau kita cakap tak boleh, mulalah merajuk. Suka merajuk macam adreana. Perhaps adreana tu umi versi kecik? hahahha. Tapi kalau dia nak jugak, dia beli je. Degil. haha. Bukan kita boleh marah pon. Mak kan. Gelak jelah sambil membebel cakap degil. haa.. Bab degil tu zakwan cakap ateeq menurun. hahhah.


can you see how skinny she is?




hmmm now umi sakit. Umi disahkan positive kanser payudara dan kanser lidah stage 2. Good news is kanser payudara umi tak active but bad news is kanser lidah umi active and terlalu cepat proses dia.. umi dah tak boleh makan macam biasa dah. dia makan guna tiub..It's so devastating because umi ni jenis pemakan. she loves to eat. Kita akan happy bila masak untuk dia sebab dia makan bersungguh. hmmm.. now kurus sangat-sangat dah, we can even rasa tulang dia.



umi dah start buat rawatan chemotherapy dan radiotherapy. doakan umi kuat semangat untuk lawan sakit dia dan kuat semangat tuk fight her cancer. Doctor cakap inshaAllah umi akan okay after treatment ni. InshaAllah.. umi kuat.. she's a fighter.. Umi akan sihat macam dulu InshaAllah.. Doakan umi ya.. Ateeq dah hilang anak, and i cannot loss her too. TAK tak akan.. umi kuat.. inshaAllah.. Bila umi sihat nanti kita pergi bercuti k..












Distraction

Salam semua.


Lama gila rasanya ateeq tak update blog. There are so many things jadi dalam hidup ateeq since the last time ateeq update blog. Ateeq dah jadi ibu and i lost my baby. Al-Fatihah for my baby Aurora Delisha. hmmmm since ateeq struggling right now, ateeq need a very good distraction for me to move on with my lost. Perhaps menulis boleh buat ateeq okay? Yedop? haha kita try lah ye..


So, kita nak bercakap mengenai apa ye kali ni? There are plenty of list ateeq nak cerita but ateeq tak tahu nak mula yang mana. okay post yang ni ateeq nak listkan dulu a few things, the next post, ateeq tulis mengenai isu tu.



  1. Aurora Delisha Binti Ahmad Zakwan (my baby girl-give me time k)
  2. Persiapan perkahwinan
  3. Santau/Bomoh/Black magic in our society

okay ada 3 tu je duk bermain kat kepala. banyak lah konon isu.. haha.. takpe mungkin by time dah mula menulis akan datang banyak idea lagi kan. hehe. So esok ateeq tulis about perkahwinan. persiapan, budget, to do list, sedikit sebanyak yang mana ateeq tau k. 

see ya next post.


wasalam