Tuesday 25 January 2022

Majlis Pertunangan Ateeq Nabila & Ahmad Zakwan

Assalamualaikum :)


Dah bertahun ateeq tak update blog. Lamanya alahai.. banyak sangat perkara yang jadi sepanjang 3 tahun ni and one of them is ateeq dah tunang!! Alhamdulillah. Majlis ateeq simple je and everything berjalan dengan lancar seperti yang ateeq nak. Alhamddulillah



my backdrop untuk photobooth and props sponsored by Abang adah and kak Dalila and Zaqlul Asheeq



Majlis ateeq diadakan pada tanggal 15 March 2015 bertempat di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana. seriously ateeq bertuah sangat dapat buat kat situ sebab secara kebetulannya harga yang ditawarkan pada kami masa tu sama harga dengan tempat-tempat lain yang ateeq survey.Harga special for mommy. Wiwiwi.. Alhamdulillah rezeki kami. Hihihi.

tak tahu nak bercerita apa dah. Jom tengok gambar ye. hehe








okay ini pelamin tunang ateeq. Pelamin ni ateeq amik dengan kak jihah, my cousin. Puas hati hire dia buat pelamin. ateeq dapat exactly apa yang ateeq imagine tu. hehehe. u know how cerewet i am towards these kind of stuff. kesian ibu mengandung kena layan kerenah customer cerewet camni. hehehehe.. lebiu lah kak jihah. hehehe



sponsored by Kak Arina and Raj productions 

ni doorgift dari kami. sebenarnya tu warna purple. sama colour dengan lampu pelamin kat atas tu.. tapi edit sangat jadi tukar colour. bhahahhaha. ni je gambar yang ada. seb baik kak illa ada tangkapkan gambar. lupa terus nak tangkap gambar doorgift sebab semua dah siap atur kat meja makan tetamu kan. Doorgift kami buat 2 jenis. 1 untuk Vip and yang ni doorgift yang biasa. i super love it. ikut warna tema ateeq nak, purple. hehe





Okay ni setelah ateeq dijemput masuk dewan setelah selesai perbincangan. Ateeq dan zakwan takleh dengar perbincangan tu so kami stay kat holding room dulu. Masa masuk dewan ni debar dia alahai, tuhan je yang tahu. Semua mata duk pandang ni. apa yang ateeq fikir time tu please jangan jatuh please jangan jatuh je. Tu pun masa naik tangga kasut stuck kat dress nak terjatuh. Nasib baik pengapitku gagah keduanya pandai cover, tak sempat ku tersungkur. hahahahaha. Mekasihh mimi and medina.. Terjaga air mukaku... hahahha.. Btw, dress cantik yang ku pakai itu di sponsor oleh kakak iparku kaka arina. Ateeq pakai baju nikah dia... Cantik kaaaannnnnnn... Seriously time dia offer baju dia tu i cannot stop smiling wehhh.. Tempahan untuk disewa telah dibuka ya. hewhewhew




Selesai cincin disarung, tanda diri ini telah terikat, maka pelukan sayang lah plop. hehehehe. Masa mama zakwan sarung cincin ni pon daku berdoa agar cicin itu muat kejari manis ni. berat dah naik 3 kilo masa ni. risau weh. hahahaha.  




Lepas selesai sarung cincin untuk ateeq, giliran zakwan plop untuk disarungkan cincin. mengikut adat kelantan, lelaki pon dapat cincin tunang. Bukan perempuan je. Memang happy lah pakcik tu tambah-tambah cincin yang abah pilih tu kena dengan jiwa dia. hehehe. Alhamdulillah. 






dah selesai acara menyarung cincin, sesi bergambar dan makan lahh. 2 gambar tulang belakang ateeq dalam majlis ni. Tanpa dorang, majlis ateeq takkan sesempurna ini and mungkin takde majlis pon. Terima kasih semuaa. Terima kasih atas sokongan, kesabaran, sponsorship, idea, semuaaaaaa laaaa semuaaa terima kasihhh.. i love you guys so so so so so muchhhh..







Selesai majlis pertunangan kami, ateeq dan zakwan buat surprise untuk papa. 15 March bukan sahaja tarikh pertunangan kami, ia juga tarikh lahir papa. Alhamdulillah surprise birthday party tu berjaya. hehehe. 



so itulah serba sedikit mengenai majlis pertunangan ateeq.Terima kasih pada family, terima kasih pada semua yang hadir, bestie-bestie yang sanggup turun kelantan, semua sabar melayan kerenah ateeq, demand ateeq, yang menjayakan majlis ni. maaf atas segala kekurangan dari kami ya.


wasalam