Tuesday 30 August 2016

Pertunangan

Assalamualiakum :)






okay kalini ateeq rasa terpanggil untuk share serba sedikit mengenai dugaan bertunang sebab lately ateeq tengok ramai sangat macam takut nak bertunang, ada yang tanya ateeq how i handle my engagement period dan macam-macam lagi. So ateeq share kat sini supaya senang korang nak rujuk nanti.


Bila kita cakap pasal bertunang ni, ada yang excited, ada yang macam takut-takut, and ada yang rasa tak perlu pon bertunang. Biasanya yang takut-takut tu mostly lelaki lah. Takut sangat nak take action bawa hubungan korang to another step. Betul tak? Haha


Soalan pertama biasa kita dengar. Perlu ke tak bertunang ni? Habiskan duit je. Baik kahwin je terus senang. haa ni ayat biasa kita dengar kan dari orang-orang yang kononnya nak berjimat, or kononnya nak buat yang wajib je. cehh..  Bab macam ni tau plop kau apa yang wajib apa yang tak. Yang duk keluar berdua tu tak pikir plop wajib bawak orang lain takleh keluar berdua.. Haha. Okay bagi ateeq bertunang ni memang perlu so that kita boleh mengenali pasangan kita, family pasangan kita dengan lebih dekat. Ingat, once you are married, awak bukan kawin dengan dia je, awak akan kawin dengan keluarga dia sekali. So, waktu nilah kita boleh nak kenal dengan lebih rapat dengan keluarga dia.







Selain itu jugak, dengan bertunang ni, basically kita dah berjanji akan kahwin dengan dia. Ni nak declare kat pasangan kita tu yang kita memang serious dengan dia bukan main-main hilangkan bosan gitu. Ateeq selalu dengar luahan kawan-kawan lelaki cakap dorang stress kena pressure dengan keluarga perempuan suruh masuk meminang. Bila tanya dia serious ke tak dengan gf dia, dia jawab serious. Tanya bila plan nak kahwin 2-3 tahun lagi. Tiap kali ateeq dengar tulah ateeq macam nak naik angin. Apa yang susahnya kau nak masuk mintak dia kalau kau dah memang nak kawin dengan dia? Tak ready? Sebab apa? Tak cukup duit? Majlis tunang tu bukan kau tanggung pon. Family belah perempuan tanggung. Orang suh kau masuk minang means ikat, means bertunang. Bukan nak kau kahwin terus. Bertunang takde syarat wajib berapa lama kau ikat. haish. Bila kau ikat dia, means kau serious nakkan dia, berusaha nak jadikan dia isteri kau. Tu bukti kau boleh bagi kat dia. Setakat cakap, mamak jual tudung pon boleh cakap dia suka awek kau. haaa.. Nampak tujuan dia? haha






Soalan kedua biasa ateeq dapat adalah banyak tak kos pakai untuk majlis pertunangan? or ayat biasa kita dengar membazirlah tunang-tunang semua ni. Haishh okay ni satu lagi isu ateeq nak share. Kos pertunangan tu bergantung pada majlis korang nak buat. Contoh paling senang ateeq bagi perbezaan majlis pertunangan ateeq dengan majlis pertunangan medina, my sister. Ateeq memang taknak buat kat rumah, buat kat dewan, so senang bincang sekali je satu tempat. Medina buat kat rumah. Nak bagi family tunang dia kenal rumah. Kos bertunang medina jaauuuhhhh lagi rendah sebab tempat tu. Ada setengah orang bertunang takde majlis pon. sekadar parent and wakil datang sarungkan cincin. takde hantaran apa pon. Lagi senang. Itu bergantung pada family kau n family si dia. Pasal hantaran plop if ada majlis, korang just kena bagi manisan n cincin. Ateeq dulu bagi cincin, (sebab adat kelantan lelaki pon ada cincin) which is i like, cincin tu tanda dia dah bertunang, habistu nak tanda kita je. dia nampak solo? hahah im being paranoid. hahaha. Selain cincin, ateeq bagi kek, coklat, butang baju melayu, dan kemeja. Z plop bawak cincin bersama sirih junjung, buah, telekung, kain pasang dan kek. Membazir ke hantaran tu bila hadiah kau bagi dia boleh makan or pakai? Nampak tak tu alasan semata?? haha








Satu lagi orang selalu tanya ateeq pasal dugaan bertunang. Okay isu ni kan ateeq kadang-kadang stress nak bagi jawapan. Kita kupas satu-satu isu dugaan bertunang ni. First, orang cakap bila bertunang ni kau selalu gaduh dengan pasangan kau. Let me ask you guys about this. Kenapa akan selalu gaduh? Sebab dia sekarang cepat marah, tak macam dulu relax je. Okay, korang bila dah bertunang, mesti nak aim kahwin. Bila ada aim tu, mestilah nak kumpul duit kahwin yedop? So fahamlah pasangan anda tengah stress nak kumpul duit nak jadikan anda halal untuk dia. Bila dia grumpy nak marah, awak sejukkan lah dia. Jadi air untuk dia. Sama juga, bila dah dekat nak kawin, kita stress dengan persiapan, jangan marah-marah. Its okay to cry and mengadu but jangan lepaskan semua hal macam menyalahkan dia. Sentiasa ingat korang sama-sama nak bina masjid dan time ni setan tu memang menduga. Korang nak bagi setan menang ke? Like that.







Masa ateeq tunang tahu lepas, ada orang duk share pasal dugaan bertunang ni kau akan jumpa orang yang lagi baik dari dia. Ya Allah sumpah masa tu ateeq rasa nak bakar je orang yang share and tulis mende tu. Mengarut je semua tu. korang tak perlu terpengaruh. Ni satu ateeq pegang, kalau mende tu terjadi, trust me orang tu duk usha lagi orang lain. Kau dah jadi tunangan orang, tapi still duk pandang-pandang orang lain kenapa? Memanglah akan jumpa. Dah kalau bertunang pon boleh pandang, apatah lagi bila berkahwin. Ayat akan jumpa orang yang lebih baik tu bergantung kat diri sendiri jugak. Kalau kau jaga diri kau, jaga pandangan dan hati kau, inshaAllah takdenya dugaan gini. Camner kalau pasangan kau gitu? bagi aku senang. Tinggal. Biar dia pergi pada yang lebih baik tu. Dan bersyukurlah tuhan tunjuk kat kita perangai sebenar dia sebelum dia jadi pasangan hidup kita, sebelum kita ada anak dengan dia.





Dugaan tunang bagi ateeq dulu adalah duit. Mana mana nak kumpul duit kahwin. Kami selalu stress mengenai duit. Tapi korang percayalah, tuhan akan tolong. Rezeki ni luas. Ia boleh datang dari pelbagai arah, pelbagai cara. Yang penting korang kena sentiasa berusaha. Berusaha bersama. Jangan harapkan sebelah pihak sahaja sebab yang nak kahwin tu korang. Bukan dia sorang. Kami barely contact sebab zack busy kerja. biasanya tengah-tengah malam waktu dia drive balik baru dia call. Tu pon if dia tak penat. Masa tulah masing-masing cerita apa yang dibuat harini or bincang isu pape yang perlu diselesaikan. Bila pasangan kita busy gitu, tugas kita fahami dia, bagi semangat tuk dia kerja kuat. Dan masa free yang ada tu jangan kalut duk cari nilai baik buruk dia dengan orang lain, pegi busykan diri buat kerja, in my case, main dengan anak-anak sedara. hehe



Stakat ni sahajalah bebelan ateeq mengenai pertunangan. Ini pandangan ateeq, korang boleh amik nilai and if korang tak setuju leave a comment nanti kita sambung bahas. haha. Nasihat ateeq, fahami pasangan anda, be positive dan jaga diri, jaga mata, jaga hati, inshaAllah semuanya akan okay. Ambil peluang ni untuk mengenali pasangan korang dengan lebih dekat. Have faith inshaAllah.



wasalam







1 comment: