Tuesday 25 August 2015

Empat Sekawan



Assalamualaikum






Bercakap mengenai geng memanah ni sebenarnya sangat general. Ateeq baik dengan ramai, rapat dengan semua. Dari lelaki hingga perempuan. Since dah habis belajar ni, ramai yang dah lost contact, ada yang ateeq dah tak cam, ada yang dulu rapat gila sekarang susah nak bertegur, macam-macamlah. So kalini ateeq nak bercerita mengenai yang paling rapat dengan ateeq dari awal sampailah sekarang which are Sofea, Marisya dan Afiq. 4 sekawan. Ateeq ada cerita sal dorang serba sedikit sebelum ni dalam entry convocation ateeq. Cuma kalini ateeq nak cerita lebih details sal dorang. hehe








Kenalkan ni Sofea a.k.a Pia. Ateeq kenal pia masa sebelum tubuhkan kelab memanah lagi. Ateeq first kenal dia dalam kokurikulum memanah kalau tak silap ateeq. ateeq pi tengok koko dia. ateeq kenal afiq dan marisya pon sama. kami semua kenal dalam kokurikulum memanah. Sebelum tubuhkan kelab memanah lagi. First impression ateeq pada pia ni dia seorang yang sangat pemalu. dia malu nak bercakap, nak padang orang, semua mende lah dia pemalu. memang innocence gila masa tu. Masa tu ye. hahahaha. Macam mana kami boleh rapat? Hmm ateeq ingat-ingat lupa sebenarnya. kalau tak silap, kami mula rapat masa kami mula nak tubuhkan kelab memanah bersama. waktu tu pia dilantik as a secretary kott. Dialah yang menjayakan semua paperworks, semua keperluan tuk tubuhkan kelab masa tu. Korang semua tau betapa cerewetnya ateeq dalam kerja so Pia memenuhi segala expectation ateeq, and the best part, dia lagi cerewet, lagi teliti dalam segala hal. 





Since dari first day unofficial meeting kami mengenai kelab, kami mula rapat. kami start selesa nak bercakap mengenai semua hal. Kami betul-betul mula rapat masa kami ke Jengka. Lawatan ke Uitm Jengka. walaupun ateeq kononnya tegas, President kononnya, tapi ateeq ni sangat manja, lembik. hahaha. So, pia notice tu. dalam garang-garang nak ajar ahli kelab, diri sendiri lembik, cepat terasa, so dialah yg meneman. sejukkan keadaan bila ateeq terasa bila kena usik dengan ahli lain, bagi semangat, tolong cover. bhahahaha




Apa yang ateeq adore sal pia ni dia sangat ceria, pandai buat orang sekeliling dia happy dan selesa walaupun dia sangat pemalu. Thats why ateeq tak pelik ramai sangat yang fall dengan dia sebab ateeq yang perempuan ni pon boleh suka dia. hehe. Pia ni sangat teliti dalam semua hal even mana pergi duit belanja dia pon dia catit. seriously ateeq dari dulu, cuba tiru pon xmenjadi. haaa. Pia rajin masak. Dia suka masak tuk kami semua walaupun dia masak guna microwave je. hahahhaha. 






Marisya a.k.a Sya seorang yang sangat lembut, manja and matang. okay matang tu kena highlight sebab antara kami berempat, ateeq rasa dia paling matang kot. bhahahahaha. Yang lain semua banyak fikiran macam budak-budak. Ateeq kenal sya melalui Pia. Sya ni Bff pia. Kemana sahaja berdua. so secara tak langsung kami pon jadi rapat. hehehe. Sya ni orang tengah yang menyejukkan orang dan juga orang paling banyak menyakat. Sangat-sangat kuat menyakat. Ada je bahan dia boleh guna, haaa siaplahh, memang akan digunakan untuk menyakat tiap kali jumpa. Bila borak ngn sya ni memang takleh serious, memang akan sentiasa gelak. hahaha. Penyeri suasana gittew.







Okay kita cakap sal Afiq plop. Hmmm.. Macam mana ye nak cakap sal afiq ni? Ateeq kenal afiq dulu lain tau. Awal-awal kenal dulu dia sangat-sangat pendiam. Nak dengar dia cakap sepatah perkataan pon payah. Tanya lah apa pon, dia diam je. paling tak pon dia senyum. Tapi haaaa. Ada tapi tu. Semuanya berubah bila kami semua join camping memanah di Cemerong. Haaaaa.. Masa tu keluar habis taring dia.. Afiq yang kami kenal dulu hilang dalam sekelip mata. haaaa.. Kenapa ateeq cakap camtu? sebab dia berubah dari seorang yang pendiam macam ada jongkong emas dalam mulut tu kepada someone yang sangat suka menyakat orang. Menyakat bukan sikit, Dia punya tahap menyakat tu sampai boleh buat pia berlari nak pukul dia siap baling kasut tau.. Bayangkan betapa cheeky nya afiq ni boleh buat orang paling pemalu dalam kelab jadi gitu. Bhahahahahaha.. 







Selain sifat menyakat orang yang tak beragak tu, afiq ni seorang pendengar yang sangat setia. Serious tallk. He's been there for me towards my ups and down. Afiq ni kawan yang sangat setia. Whenever you need him, dia akan makesure he'll be there for you. Akan ada bagi kata semangat, positiveness, jadi orang tengah ke apa je tuk makesure kawan dia okay. Muka garang macam beruang pon hati dia ada taman. Sangat caring, menjaga kebajikan kawan-kawan dia, me of course, hahahha selalu risaukan mengenai orang lain dari diri sendiri. I am so blessed tuhan kenalkan sahabat macamni kat ateeq. hehehe. Ateeq selesa nak bercakap sal semua hal, and bila ateeq stress, ateeq tau dia ada . Gitulah cara dia jaga kawan dia. 







Ateeq bersyukur kami boleh jadi serapat ni and semuanya bermula dengan sukan yang paling ateeq sayangi, memanah. Bersyukur bila tuhan temukan ateq dengan hamba-hamba-Nya yang sangat baik ad selalu buat ateeq happy. Tiap kali jumpa memang taksah kalau tak gelak. Dorang jaga ateeq ibarat princess. bhahahha. perasan jap, support ateeq dari setiap segi. Moga Allah merahmati persahabatan kita selamanya, InshaaAllah. 


P/s: Pasni buat trip tu tolong inform awal please. and bila orang takleh join vacation janganlah duk tagged gambar sengaja nak bakor akak kan.. haishhh..  



wasalam


1 comment: