Harinitu merupakan hari paling kelam-kabut buat semua. Semua kalut. Pia, Sya, Mimi semua sibuk nak tolong ateeq bersiap, uruskan family ateeq yang baru sampai, semualah. Ateeq convo sesi petang so my family decide nak bertolak pagi tu dari Kelantan. Zakwan pon gerak pagi tu sebab dia kerja.Ateeq sempat jumpa family kejap je sebab ateeq kena balik kolej untuk bersiap. Graduan kena masuk awal walaupun majlis mula pukul 2.
Ateeq punya kalut haritu memang buat semua stress. hahaha. Teringat Mimi gelak tengok ateeq bersiap. Macam puteri Pia dan Sya layan ateeq tau. Dorang tolong ateeq bersiap dari bilik sampailah ateeq nak masuk dewan. Dorang tunggu depan dewan untuk pakaikan ateeq jubah dan topi. Wuuwuwuwu terharu. Dalam tengah kalut tu, Mimi tolong uruskan family ateeq kejap. Masa dalam Dewan Cemara, dewan menunggu sebelum masuk untuk terima diploma, ateeq jumpa jue, my sifu. Hehe.
Once ateeq masuk Dewan Aspirasi, dewan untuk terima diploma tu, hati ateeq berdebar sangat. Mata ateeq liar cari ummi dan abah. Ateeq nampak ummi after ateeq dapat seat. Ummi duduk satu baris dengan ateeq. Masa tu lega sangat. Bukan apa, takut ummi tak perasan. hahaha. Ateeq nampak abah after terima scroll tu, ateeq lalu sebelah abah. hehe.
Masa process penerimaan scroll tu, waktu paling buat ateeq sebak adlah bila kami kena nyanyi lagu UiTM. Ya Allah waktu tu segala kenangan dari Part 1 datang. kalau ikut hati memang nak nangis tapi kena tahan, sayang makeup. kang bergambar muka buruk sebab makeup bersepah. hahahaha.
Bila keluar je dewan after majlis selesai, ateeq tengok family semua menunggu dengan bunga. Papa dan Ummie Tie pon sampai. Happy sangat-sangat. Zakwan dengan bear besor sebesar mohd dia bawak untuk ateeq. terus jadi perhatian sebab bear tu. hahaha. Hari gembira buat ateeq but ada rasa kosong sebab abang aniq, kak arina and aaron xdapat join sebab kak arina tengah sarat masa tu. Tapi takpe, they will be there for my next important event for me inshaaAllah.
Dalam nak dapatkan scroll ni ateeq kena lalui banyak sangat dugaan. Dugaan yang kadang-kadang tak terpikir camner semua tu boleh jadi dalam tempoh yang terdekat, dalam satu masa. Ateeq belajar banyak perkara sepanjang belajar di Dungun dan Kelantan. Ummi Abah selalu sangat pesan kat ateeq dari kecil, walapun apa orang buat kita, kita jangan buat orang. Bila orang bagi kita keburukan, kita balas dengan kebaikan. Tu yang ateeq buat. ya makan masa nut bila kita betul, tuhan akan tolong kita. dari pelbagai cara. Dia bagi orang jaga kita, sayang kita, bersama kita, sahabat kita.
Ateeq takkan sekuat ni tanpa keluarga ateeq. Ateeq pun takkan dapat hadapi tanpa sokongan Lecturer, Staff dan kawan-kawan. Terima kasih semua. Terima kasih sebab percayakan ateeq, yakin dengan ateeq, sentiasa support ateeq dan sentiasa ada untuk ateeq. inshaaAllah ateeq akan cuba lebih baik pada masa akan datang.
Ateeq ada video masa terima scroll tu tau. En Azahari tangkapkan dari stage. sayangnya tak boleh nak upload.. ahhh sedih..
wasalam













No comments:
Post a Comment